Page

Back To The School~~

Back to da school??adoii buang tabiat ke ape??SSG saje nak wat entry pasal back to da school ni sbb bkn ape..kali ni SSG tingin nk jadi teacher..heee sbb entry kali ni SSG nk ajar and share korang semua ape yang baru SSG pelajari..Okeyh arini kiter tambahkan knowledge kiter yg sememangnya dh tinggi melangit ini (Yeke??hee) dgn berkongsi ape yg dimaksudkan dengan 'TERUMBU KARANG'..korg penah dgr x istilah ni??
Ok..Attention please!!!Sebenarnya..mengikut kpd pembacaan SSG yg xdala mendalam sgt ni...Terumbu karang ialah satu ekosistem marin yang unik, kompleks dan tinggi produktivitinya. Terumbu karang telah wujud sejak beribu tahun,  malah berjuta tahun dahulu dan terbina daripada organisma-organisma yang sangat kecil saiznya. Hmmm...Kebanyakan terumbu karang yang tua telah wujud sejak 25 juta tahun dahulu (Mak jahhh..lamenye). Hanya di kawasan terumbu karang kita boleh menjumpai organisma yang telah melalui evolusi selama berjuta tahun.


*Nie contoh terumbu karang* -.-
Lagi...

Kebanyakan karang laut yang membentuk terumbu karang dijumpai pada kedalaman kurang daripada 46 meter, yang boleh ditembusi cahaya matahari. Cahaya matahari adalah penting di dalam ekosistem terumbu karang bagi menjamin pertumbuhan karang laut dan alga mikroskopik (hidup dalam tisu-tisu polip) yang bersimbiosis. Jenis karang keras hadir di kebanyakan tisu karang laut dan tugasnya adalah menyediakan 
makanan kepada karang melalui hasil fotosintesis, membersihkan karang daripada pengumpulan bahan kimia dan sebatian nitrat.

Antara kepentingan terumbu karang  ialah bertindak sebagai benteng dan perlindungan pantai terhadap ombak yang  kuat. Terumbu karang juga menyediakan kawasan yang selamat dan penuh dengan makanan untuk tumbesaran anak-anak ikan. Terumbu karang juga merupakan kawasan yang kaya dengan makanan dan perlindungan kepada pelbagai spesies hidupan marin. Selain daripada menyediakan peluang pekerjaan  melalui aktiviti perikanan dan pelancongan, terumbu karang juga dipercayai dapat dijadikan ubat untuk melawan penyakit kanser. Sehubungan itu, adalah penting bagi kita memelihara kawasan perairan dan hidupan akuatik...




*Sharing Is Caringgggg*

0 orang pemberi semangat:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...