Page

fOr gurl..fOr wOman..

boley ke klu xreti memasak??
sana-sini.. mana2 restaurant,warung,kedai makan,hotel...hampir kesemuanya tukang masak nya adlh LELAKI..korg terpikir x mana POMPUAN?biasa klu bab2 masak memasak ni sllu dikaitkn ngan pompuan kan..pompuan xreti masak ke??Salah ke klu pompuan or wanita x reti MASAK??


Kalau pompuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata small matter. Aiyoo cmne tuh??Ni ada satu story..Jom Layannnn..



"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan lelaki pada seorang anak dara. (pedasnya mulut awak berbicara..hmm)

Maka jawablah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

''Habis sekarang kenapa x belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.(Sesuka ati je nk soal2 cmni..suka ati laa..opsss)..
"Sibuk suruh kita handal memasak konon, lelaki boleh ke jadi imam?" Dengus wanita itu.(ha kan dh terkena)

Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan solat di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Suruh masak itu..masak ini...Maka bertanyalah wanita kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini. Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.
Isu ini sepatutnya kita diambil kisah sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang.
Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki..Wanita pandai MEMASAK..lelaki pula pandai jadi IMAM..tidakkah aman dan bahagia rumahtangga??ADIL bukan??heee..



0 orang pemberi semangat:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...