Page

Menjadi Tunangan Tanpa Sedar??

Meh Baca cni jap...

Jika seorang lelaki menyatakan hasrat kepada seorang perempuan untuk dijadikan isteri dan wanita itu bersetuju, adakah ia dikira bertunang walaupun ibu bapa perempuan itu belum tahu atau tidak kenal pihak lelaki?

Jawapan:
Makna pinang dari segi syarak adalah pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin kepada pihak perempuan. Apabila pihak perempuan berkata setuju, maka perempuan itu sudah dikira menjadi tunang kepada lelaki tersebut.
Contohnya apabila seorang lelaki berkata kepada seorang perempuan, "Aku ingin jadikan kamu sebagai isteriku.""Kahwin la dengan kita bila-bila," jawab perempuan tersebut.Maka dari segi hukum syarak, tatkala pihak perempuan itu bersetuju, dia telah menjadi tunang kepada lelaki tersebut; walaupun ia disebut dalam telefon.Jadi, haram bagi lelaki lain untuk masuk meminang jika hal itu diketahui.
Namun jika pihak lelaki lain yang ingin masuk meminang itu tidak tahu, maka ia tidak haram.Bagaimana dengan kebiasaan orang Melayu yang menghantar rombongan meminang untuk lelaki meminang perempuan?Ia hanyalah adat Melayu, dan tiada kena mengena dengan hukum Islam. 
Antara hukum Islam dan hukum adat, mana satu lebih penting?Namun tiada masalah dengan adat Melayu itu, cuma dari segi hukum Islam, bertunang itu adalah apabila seorang perempuan itu bersetuju dengan hasrat pihak lelaki untuk menjadikannya seorang isteri.
Bagaimana Jika Perempuan Itu Ketiadaan Ibu Dan Ayah?
Mengikut hukum syarak, jika perempuan itu persetujuannya sudah diizinkan oleh syarak seperti perempuan yang cerdik, yang sudah baligh dan sebagainya, ia sudah dianggap bertunang jika dia bersetuju dengan pelawaan lelaki yang menyatakan hasrat mengahwininya.
Apabila perempuan itu persetujuannya tidak menepati hukum syarak seperti belum baligh, gila dan lain-lain, maka wali diperlukan untuk menjawab 'pinangan' tersebut.Kesimpulannya, kita perlu berhati-hati kerana kita boleh menjadi tunang orang tanpa kita sedar.

 Pastinya ramai yang tidak tahu dan perasan akan hakikat ini.
Read more »

Pabila banjir..mcm mana semut menyelamatkan diri??

Apesal tiba2 kua pasal banjir plak ni ye...musim banjir ke skrg ni..bukan2..cuma kekadang terpikir bila banjir je..semua antara kita pikir nk selamatkn diri..keluarga..harta benda..Uit!!Engat korang je nk selamatkn diri dat time?Sekecik-kecik semut pon dorang nak selamatkn diri jgk k..tp cmne ye?yela..semut kan very da small..tp kuasa Allah x semua yg taw kn...

Camni upenye sang semut menyelamatkn diri ye...
Ini adalah kenderaan hebat untuk menyelamatkan diri dari bencana banjir.   Kenderaan itu dapat merakit dirinya sendiri dalam 100 saat dan mampu menjaga ribuan hingga jutaan penumpangnya selamat serta terapung selama berhari-hari, malah hingga beberapa bulan.
Dengan rakit itu, semut dapat menyelamatkan diri dari banjir di habitat asli semut api di Amerika Selatan, sekaligus bermigrasi ke tempat jauh.
Semut-semut saling berpegangan, menggunakan cakar, rahang, dan cairan melekat di kaki masing-masing, yang mengeluarkan cairan minyak, yang membuatkan semut dapat melekat pada permukaan licin. Kemudian wujudlah rakit hidup, bentuknya menyerupai kueh serabi/putu.

Besarnya Kekuasaan Allah swt kan...

Read more »
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...